www.this-is-my-story.com/v/18I97ELNC985.

Aku Dan Ko

Posted: September 17, 2010 in Uncategorized

Aku datang…

Aku betol2 hampir ngan ko…

Aku melihat semua pe yg ko lihat…

Aku lihat kemana ko pergi…

Aku tak tahu kehadiran aku at ko jadi serba tak kena…

Aku cuba fahami ko…

Aku cuba larikan diri tapi aku tak mampu…

Aku ingin sentiasa di sisi ko…

Tpi knp bila dekat tersa jauh?

Tpi knp bila ingin disayangi semakin rasa di benci?

Semakin sendiri,

Semakin tiada sesiapa yg teman,

Semakin nak hampir,

Semakin itu jauh,

Apa perlu aku at?

Apa yg ko iginkan?

Adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?

Adakah ko rasa kehadiranku membuatkan ko bosan?

Ataupun ko…

Pe sebenarnya???

Segalaya kalau boleh aku ingin luahkan kepada ko…

Segala2 nya…

Mungkin aku terlalu ikut emosi…

Tapi aku hanya insan biasa…

Aku dilahirkan bkan utk menipu diri sendiri…

Ini pe yg aku rasa…

Aku tak tahu plak pe yg ko rasa, bagaimana aku nak rasa?

Ko terlalu jauh… Macam ada penghalang antara kita…

Aku harap ko bukan pe yg aku fikir…

Aku harap ko bukan dalam cerita dongeng cinta…

Aku harap ko benar2 ada dalam hidup aku…

Betul Kata Atuk Tu….

Posted: September 17, 2010 in Uncategorized

ORANG KATA… enjoy sana sini sementara muda, hidup panjang lagi, bergaul
bebas la lelaki pempuan, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA….orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih
panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.Innalillah…..
AKU RASA…betul jugak tu tuk..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study… past
year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA… exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada
silibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak
pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide…
AKU RASA… betul jugak tu tuk..

ORANG KATA… have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara,
berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan
kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat…
AKU RASA.. betul jugak tu tuk..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah,
makan lazat.. baru hati puas!!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??? dah cukup ibadah nak tempah kubur
luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir
untuk santapan rohani? dah cukup amal nak ‘book’ tempat Al-Firdaus?
AKU RASA… betul jugak tu tuk..

ORANG KATA… successful people have a good time management, ada bisnes di
kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya,masih sempat
melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru
orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi… ada masa ke
untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak
Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA… errrr.. betul jugak tu tuk..

My Father Is THE BEST

Posted: September 16, 2010 in Uncategorized

When I was 4 Yrs Old : My father is THE BEST

When I was 6 Yrs Old : My father seems to know  everyone


When I was 10 Yrs Old : My father is excellent but he is  short tempered


When I was 12 Yrs Old : My father was nice when I was  little


When I was 14 Yrs Old : My father started being too  sensitive


When I was 16 Yrs Old : My father can’t keep up with  modern time


When I was 18 Yrs Old : My father is getting less tolerant as the days pass by


When I was 20 Yrs Old : It is too hard to forgive my father, how could my Mum stand him all these years


When I was 25 Yrs Old : My father seems to be objecting to everything I do


When I was 30 Yrs Old: It’s very difficult to be in agreement with my father, I wonder if my Grandfather was troubled by my father when he was a youth


When I was 40 Yrs Old: My father brought me up with a lot of discipline, I must do the same


When I was 45 Yrs Old: I am puzzled, how did my father manage to raise all of us


When I was 50 Yrs Old : It’s rather difficult to control my kids, how much did my father suffer for the sake of upbringing and protecting us


When I was 55 Yrs Old: My father was far looking and had wide plans for us, he was gentle and outstanding.


When I became 60 Yrs Old: My father is THE BEST


Note that it took 56 Yrs to complete the cycle and return to the starting point “My father is THE BEST ”
Let’s be good to our parents before it’s too late and pray to GOD that our own children will treat us even better than the way we treated our parents

Kesan Zikir Terhadap Otak

Posted: September 16, 2010 in Uncategorized

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Keinginan & Keperluan

Posted: September 15, 2010 in Uncategorized

Kita pohon KEKUATAN HATI….ALLAH beri kesulitan untuk jadikan kita kuat….

Kita pohon KETEGUHAN HATI…ALLAH beri masaalah untuk diatasi….

Kita pohon KEYAKINAN DIRI….ALLAH beri ujian untuk mantapkan iman & jiwa….

Kita pohon CINTA….ALLAH berikan insan yang tulus untuk didampingi….

Adakalanya kita tak dapat apa yang diinginkan, namun kita dapat apa yg kita perlukan…

Sorakan Terhenti…

Posted: Januari 21, 2009 in Uncategorized

SYAHDAN tersebutlah kisah di suatu ketika betapa merempahruahnya stadium bukit jalil dibanjiri ratusan ribu apa yang dikatakan para penentang perang…terpekik terlolong mengutuk bush amerika yang melancarkan perang terhadap iraq (Sadam)…

Dan berhiburlah mereka seisi stadium dengan dendangan siti nurhaliza…dan sesudah itu seluruhnya menyepi dan bisu bagaikan sunyinya stadium bukit jalil yang kosong…makanya Sadam sendirian bersembunyi di dalam lubang cacing…

ARAKIAN kini, saban hari saban ketika berbondang – bondonglah gerombolan peniup nafiri melaungkan simpati terhadap warga GAZA…bergelempangan mati dalam temasya ZIONIS mengucapkan selamat pergi kepada bush dan menghamparkan permaidani yang diwarnai darah kanak – kanak GAZA bagi menyambut ketibaan BARACK OBAMA…

Bagai gema Kuala Terengganukah pula kali ini sorak sorai itu terhenti?

Bagaikan lumba TENGKUJUH yang kematian angin…..